STATUS sebagai insan popular tentu sahaja membuatkan mereka mempunyai pengikut tersendiri.
Tidak dinafikan golongan selebriti mempunyai kelebihan itu dan perkara itu turut dilalui Siti Khadijah.
Pelakon cantik itu bagaimanapun meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada pihak mencuri kandungan media sosial miliknya dan dikongsikan dalam akaun TikTok.
Berang dengan kejadian itu, Siti bertindak berkomunikasi dengan pelaku yang menyamar sebagai peminatnya.

Lebih menyakitkan hati penyamar itu menggunakan kandungan tersebut dan meletakkan kapsyen yang bukan-bukan.
Perkara tersebut pasti membuatkan Siti ‘naik hantu’ kerana ramai akan mempercayai dan menyangka itu adalah dirinya.
Siti turut mengingatkan peminatnya agar tidak mudah terpedaya dengan kandungan dalam media sosial.
Diharapkan selepas ini masalah tersebut selesai dan tiada lagi penyamar berani mengaunt untung atas angin.
Diva: Comel betul wajah Hawra Uqaira, anak pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose.