fbpx
SULTAN Nazrin bertitah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H di Ipoh hari ini.

Pendekatan hati-hati, tidak gopoh perkenal perkara baharu – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perkara baharu yang ingin diperkenalkan kepada masyarakat perlulah menggunakan pendekatan strategik, bukannya dilakukan secara gopoh dan terburu-buru.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pendekatan berhati-hati dan tidak gopoh yang digunakan Nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan mesej Islam secara terbuka setelah diangkat menjadi rasul dan menerima wahyu sewajarnya dicontohi umat Islam.

Titah baginda, Rasulullah SAW juga tidak melakukan pendekatan terburu-buru dengan terus mengisytiharkan bumi Mekah ditadbir urus berpaksikan Islam.

“Baginda terlebih dahulu meneliti suasana dan persekitaran lalu memilih pendekatan paling sesuai memperkenalkan Islam pada peringkat awal melalui gerakan dakwah yang dilakukan secara sulit, bermula dengan bilangan yang kecil dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat rapat.

“Pendekatan berhati-hati dan tidak gopoh ini dipilih atas kesedaran baginda bahawa cetusan perkara baharu memerlukan masa untuk mendapat pemahaman sebelum dapat diterima dan dihayati,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Baginda bertitah, ummah perlu mengambil iktibar akan pentingnya memiliki sifat sabar dan gigih ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dan memikirkan pendekatan strategik agar perkara baharu yang mahu diperkenalkan dapat disampaikan secara terang, diterangkan secara jelas dan dijelaskan secara berkesan agar benar-benar difahami sebelum dapat diterima.

Ujar baginda, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan daya penyampaian yang berkesan.

“Manusia memerlukan fahaman yang jelas dan masa yang munasabah sebelum dapat menerima dan menghadamkan sesuatu perkara baharu,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN