fbpx
Kenderaan ini boleh bergerak tetapi memerlukan dorongan kuat menggunakan kedua-dua kaki. - Anglia Car Auctions

Kereta The Flintstones dilelong RM8,453

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah replika kenderaan ikonik yang popular dalam siri kartun klasik, The Flintstones, dilelong pada harga £1,400 (RM8,453), lapor akhbar The Sun UK kelmarin. 

Ia dibina oleh seorang lelaki untuk majlis graduasi anaknya sebelum dilelong di Anglia Car Auctions di Norfolk. 

Menurut jurucakap pusat lelongan itu, kenderaan tersebut boleh bergerak tetapi memerlukan dorongan kuat menggunakan kedua-dua kaki.

Ia dilengkapi dengan tempat duduk berbulu dan bumbung kain bagi melindungi pemandu serta penumpang daripada sinaran matahari. 

Malah, stereng dan tayar gergasi dilitupi dengan bahan berwarna kelabu, seolah-olah diperbuat daripada batu. 

Sejak mula diterbitkan pada 1960-an, kenderaan itu menjadi ikon bagi bagi siri The Flintstones. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN