fbpx

Buah pinggang anak kering, Eyra Hazali mohon doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak pernah berhadapan isu kesihatan, pelakon Eyra Hazali tidak menyangka anak keduanya, Endra Haqimie disahkan mempunyai masalah buah pinggang kering.

Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 25 memberitahu sebelum ditahan di hospital, Endra, 2, tidak berhenti muntah sejak malam Jumaat lalu.

“Assalamualaikum semua. Mohon doakan Endra. Dia tidak henti-henti muntah dari malam semalam (Jumaat).

“Keputusan kami dapat adalah buang pinggang Endra sudah kering sangat,” katanya menerusi InstaStory.

Masih kekal positif, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nazli yakin anaknya akan pulih selepas mendapatkan rawatan.

“Insya-Allah dengan rawatan seterusnya, dia akan baik dan sekarang hanya perlu dipantau doktor,” ujarnya.

Selain Endra, Eyra mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, hasil perkahwinan dengan Haziq.

Pada Mei lalu, Eyra mengumumkan khabar gembira bahawa dia sedang hamil anak ketiga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI