fbpx
Mohd. Fared menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Jainudin pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Bekas Hakim Syarie mahu terus martabat syiar Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Bekas Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Johor, Jainudin Mt Sum @ Munajat di dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H Johor.

Jainudin, 75, memberitahu, anugerah itu akan mengukuhkan lagi usahanya dalam menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya harap anugerah ini akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada anak-anak saya, tetapi kepada kita semua. Ini kerana setiap daripada kita sebagai anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang sesuatu selagi kita hidup.

“Saya akan terus berusaha untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi institusi kehakiman untuk memberi peluang setiap masyarakat mendapatkan keadilan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini.

Selain anugerah berkenaan, bapa kepada lima anak itu turut menerima wang tunai RM12,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid.

Sementara itu, Anugerah Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Johor turut diberikan kepada Datuk Marsan Kasim bagi Kategori Kemasyarakatan dengan penerima membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta sijil penghargaan.

Anugerah Maal Hijrah 1446H bagi Kategori Belia pula diberikan kepada Mohd. Faiz Mohamad, Kategori Saudara Kita pula dianugerahkan kepada Nor Hayati Josie Abdullah dan Abd. Samad Hamid pula menerima anugerah itu bagi Kategori Orang Asli.

Ketiga-tiga mereka menerima wang tunai RM5,000 berserta sijil penghargaan setiap seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN