fbpx
Kecurangan isteri Mal hanya diketahui apabila dia akhirnya hamil hasil keterlanjurannya dengan lelaki lain yang merupakan kekasih gelap isterinya di tempat kerja. – Gambar hiasan

Isteri minta cerai lepas hamil anak ‘haram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM perhubungan suami isteri, perkara paling penting adalah tolak ansur dan ikatan cinta di antara satu sama lain.

Menyorot kisah lima tahun lalu, Mal (bukan nama sebenar) berkongsi dirinya juga pernah bergelar seorang suami.

Kata Mal, dia pernah melayari bahtera rumah tangga bersama pasangannya, Mina (bukan nama sebenar).

“Pernikahan kami disatukan oleh keluarga dan diuruskan mereka sepenuhnya. Bapa saya dan bapa Mina memang rakan baik sejak kecil.

“Satu persamaan, kedua-dua kami merupakan anak tunggal dalam keluarga dan itu menguatkan lagi perancangan mereka (ibu bapa) untuk menyatukan kami,” katanya kepada K2.

Singkat cerita, mereka selamat disatukan dalam satu upacara agak mewah dihadiri ribuan hadirin dalam kalangan keluarga dan sahabat kedua-dua keluarga.

Ujar Mal, selepas disatukan dengan sekali lafaz, entah mengapa hatinya terdetik dan kuat mengatakan isterinya tidak suka kepadanya dan langsung tidak pernah setuju pilihan keluarganya.

“Saya dapat rasakan aura berbeza bila bersama isteri saya, Mina. Dia begitu dingin dengan saya terutama apabila kami berasmara.

“Maksud saya, dia tidak menolak ajakan saya, tetapi tindakannya itu nampak tidak ikhlas dan seakan-akan terpaksa,” katanya.

Selepas lebih enam bulan berkahwin, Mal senantiasa diajukan soalan ibu bapa dan keluarga mentuanya bila mereka boleh menimang cahaya mata.

Jelas Mal, jika ada rezeki pasti tidak ke mana dan dia bersama isteri juga sedang dalam proses ke arah itu.

Cumanya akui anak kelahiran Tanjong Karang, Selangor itu, mereka memerlukan sedikit masa kerana masing-masing sibuk bekerja dan cuma dapat bersama ketika hujung minggu.

“Akhirnya selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Mina kemudian disahkan hamil dan perkara itu betul-betul menggembirakan kami sekeluarga.

“Itupun saya dapat tahu dulu daripada mulut doktor selepas isteri jatuh pengsan selepas pulang dari tempat kerja. Bila dilakukan pemeriksaan, doktor kata, isteri hamil dua bulan dan kena lebih berhati-hati,” katanya.

Kisah mengenai kehamilan isteri awal-awal lagi sudah diberitahu Mal kepada kedua orang tua dan keluarga mentuanya kerana itulah yang mereka nantikan.

“Cumanya selang beberapa minggu selepas itu, isteri ada bertemu dengan saya untuk memberitahu sesuatu.

“Tanpa sedikit pun rasa bersalah atau dalam bahasa lain hati kering, dia memberitahu yang zuriat dalam kandungannya itu bukanlah benih saya.

“Sebaliknya, itu adalah benih skandal yang juga kekasih gelapnya di tempat kerja.

“Menguatkan lagi bukti, isteri beritahu sejak hari pertama bersama saya, dia ambil tindakan untuk makan pil cegah hamil tanpa pengetahuan saya.

“Hatinya kuat mengatakan ini (benih) yang dikandungnya adalah hasil hubungan sulit dia dan skandalnya kerana ketika itu dia terlupa makan pil tersebut dan perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika Mal bekerja di luar kawasan selama seminggu ketika itu. Katanya, selama ini juga dia mengambil pil ketika bersama skandalnya, namun hari itu dia terlupa,” dedah isteri.

Terkejut dengan pengakuan isteri, Mal memberitahu dia seakan-akan tidak percaya dan seperti mati hidup semula apabila mendengar apa yang keluar daripada mulut isterinya itu.

Mina juga memberitahu, dia akan ke klinik untuk menggugurkan kandungan itu dan memandangkan segalanya telah terbongkar bahawa dia tidak mencintai Mal dan masih sayangkan kekasihnya, jadi dia minta supaya dilepaskan sahaja.

Bagi Mal, buat apa dia terus berjuang dan mencintai orang yang tidak pernah sayang serta menerimanya sedangkan melepaskan adalah cara terbaik bagi kedua-dua pihak mengecap kebahagiaan meskipun haikikatnya perit ditelan.

Kepada keluarga, Mal hanya mengatakan, mereka bercerai kerana Mina ada lelaki lain, namun aib bahawa isterinya hamil anak luar nikah kekal menjadi rahsia yang tersimpan di dalam hati lelaki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN