fbpx
SELEPAS 10 tahun bergelut mencari ruang di Hollywood, Sabrina Carpenter kini menjadi kegilaan dunia, ketaranya impak single fenomena Espresso yang menghantui siang dan malam peminat global.

Sabrina Carpenter bukan gersang, tapi ghairah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANYA selepas 10 tahun bergelumang dalam industri seni muzik, baru kini bakat pelantun lagu fenomena Espresso itu dilihat dunia. Sungguh, bukan mudah membina nama di Hollywood dan hakikat tersebut diperakui Sabrina Carpenter.

Sabrina atau nama sebenarnya, Sabrina Annlynn Carpenter, 25, berkata, ada satu fasa dalam kehidupan, dia berasakan langsung tidak berbaloi menjadi pemuzik, namun hanya selepas menginjak usia 24 tahun, segala-galanya berubah.

“Perkara paling susah untuk dibuat adalah kadang-kadang saya sendiri tak tahu banyak perubahan positif berlaku dalam hidup, terutama tahun lepas.

“Saya tak sangka usia 24 akan jadi sangat istimewa dan titik perubahan dalam karier saya sebenarnya.

“Hanya selepas berusia 24 tahun saya jujur dengan apa dilakukan dalam kehidupan bersama dengan kematangan dalam membuat pilihan.

“Saya sendiri tidak sangka akan diterima baik dunia selepas Espresso,” katanya kepada majalah Cosmopolitan.

Bayangkan 10 tahun bergelar pemuzik, namun masih menjadi ‘opening’ untuk konsert penyanyi lain. Namun, siapa sangka menjadi penyanyi pembuka tirai konsert Taylor Swift, The Eras Tour dari satu sudut, memberi anjakan luar biasa buat dirinya.

SEPULUH tahun menjual bakat, baru kini Sabrina Carpenter menikmati erti populariti.

Kini, dua lagunya berjudul Espresso dan Please Please Please menjadi antara lagu paling popular dunia.

Please Please Please yang merupakan single terbaharunya meroket di tangga pertama Billboard Hot 100, sementara Espresso terus menjadi siulan apabila berada di posisi lima teratas carta sama.

Berketinggian hanya 5 kaki, berambut perang keemasan dan pesona pentas yang sangat mesra membuatkan Sabrina terus disayangi peminat dunia dan mengumpul kelompok peminat tersendiri.

Sedar harga dibayar sebagai orang popular, penyanyi kelahiran Quakertown, Pennsylvania, Amerika Syarikat itu semakin matang mendepani apa yang menanti di depan.

Baginya, dia tidak akan pernah berjaya untuk memuaskan hati semua orang.

“Saya berada di fasa tidak perlu ambil serius tentang segala perkara yang diperkatakan ramai.

“Saya tahu mereka punya ilmu atau konteks yang sedikit tentang diri saya sebagai seorang manusia.

“Itu membuatkan saya tenang setiap kali berdepan perkara yang tidak disukai (kecaman).

“Contohnya, kalau seorang peminat ambil gambar dari sudut yang entah apa-apa, sebagai wanita sudah tentu saya tak suka, tetapi saya mengambil pendekatan gambar yang dirakam itu mungkin bukan saya tetapi hanya alter ego (karakter lain),” tuturnya kepada Vanity Fair.

SABRIna mengakui. sebagai wanita dia mempunyai rasa ghairah yang normal.

Wanita gersang

Antara spekulasi liar yang terpaksa ditelan Sabrina, termasuklah percakapan sumbangnya bahawa dia wanita paling ‘gersang’ setiap kali melakukan persembahan pentas.

Semuanya hanya kerana dia sering menukar lirik lagu sesuka hati dan sering memakai skirt pendek menampakkan seluar dalam.

“Saya dengar daripada ramai orang yang memandai-mandai mengatakan saya wanita paling gersang apabila melakukan persembahan pentas.

“Semuanya sebab saya suka cakap perkara yang gila dalam lagu.

“Tapi sejujurnya, saya seorang wanita yang memiliki rasa ghairah yang normal. Kalau buat persembahan, saya suka berseronok dan tidak terlalu serius.

“Saya suka bermain dengan kata-kata, saya suka ‘innuendo’ yang membuatkan orang menjerit,” katanya.

LAGU Espresso pantas meledakkan nama Sabrina sebagai bakal Taylor Swift alaf baharu.

Olivia, kekasih The Flash

Sabrina juga pernah berdepan kontroversi kononnya berseteru dengan rakan seperjuangan, Olivia Rodrigo hanya kerana berebutkan lelaki bernama Joshua Bassett.

Sehingga kini ‘misteri’ itu kekal menjadi perdebatan dalam kalangan peminat. Ada yang berpendapat isu tersebut sengaja dicetuskan label atau pihak Disney (sewaktu mereka remaja) untuk menaikkan nama masing-masing.

Persoalan tersebut kekal tergantung sehingga kini dan Sabrina mula mengikut jejak langkah Olivia dari segi populariti apabila bakatnya mula diperakui peminat.

Cuma, ketika nama Olivia memuncak dengan single Driver’s License, timbul ura-ura Sabrina membalas ‘diss track’ tersebut dengan lagu berjudul Skin.

Menafikan dia bermusuhan dengan wanita itu, seperti apa dinukilkan pada perenggan terdahulu, Sabrina berkata, dunia ini terlalu banyak pendapat tidak berasas yang dikemukakan orang ramai.

“Saya tulis lagu itu (Skin) tentang disaman atau berdepan tindakan undang-undang. Memang ramai orang berkata-kata dan saya sendiri tidak tahu daripada mana datang (kebenaran) semua itu,” jelasnya kepada dalam rancangan On Air With Ryan Seacrest.

Tidak lagi berhubungan dengan Joshua sebagai pasangan kekasih apabila cinta mereka terkandas sekitar 2011, Sabrina kini bahagia bersama pelakon kacak, Barry Keoghan.

“Dengar cerita dia (Barry) seorang pelakon,” kata Sabrina dalam ruangan komen Barry selepas pelakon itu turut membintangi muzik video single terbaharunya, Please Please Please.

SABRINA juga sudah ada kekasih, dia kini bahagia bersama pelakon kacak, Barry Keoghan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN