fbpx

Pemegang kunci Kaabah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Sheikh Saleh Al-Shaibi

MEKAH – Sheikh Saleh Al Shaiba meninggal dunia pagi tadi, lapor laman berita Islamic Information.

Beliau merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109 selepas sahabat Nabi, Uthman ibn Talha.

Tugas menjaga Kaabah menjadi tanggungjawab keluarga Sheikh Saleh Al Shaiba untuk tempoh waktu yang lama.

Tanggungjawab tersebut bermula selepas Nabi Muhammad menakluki kota suci Mekah.

Baginda bersabda, keluarga Al Shaiba perlu melakukan tugas penting tersebut dan mereka melaksanakannya sejak dari itu.

Solat jenazah Sheikh Saleh Al Shaiba diadakan di Masjidil Haram. Selepas solat jenazah selesai, beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mualla.

Susulan tradisi turun-temurun, orang seterusnya yang akan menjadi pemegang kunci Kaabah juga dipilih daripada keluarga Al Shaiba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI