fbpx
Aman bersama salah seekor lembu sado miliknya di Merapoh, Lipis semalam.

Lembu sado RM17,000 jadi pilihan korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Walaupun harga mencecah lima angka seekor, lembu sado tetap menjadi pilihan sebahagian orang di Malaysia bagi ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha kerana mempunyai daging yang banyak.

Turut dikenali sebagai lembu baka ‘kayangan’, ia menerima permintaan tinggi terutamanya daripada golongan berkemam­puan dan kenamaan.

Seorang penternak lembu sado, Aman Sahet, 62, dari ­Me­rapoh, Lipis, Pahang berkata, sebanyak 10 daripada 14 ekor lembu sado peliharaannya berharga antara RM11,000 hingga RM17,000 telah ditempah oleh pembeli di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk ibadah korban.

“Gemuk dan bersaiz ‘gergasi’ menjadi faktor lembu sado menjadi pilihan umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban.

“Tambahan pula masyarakat sekarang sudah tidak kisah untuk berbelanja besar bagi mendapatkan pahala berganda.

“Selain itu, lembu sado memiliki daging yang enak serta lebih lembut berbanding lembu baka tempatan,” katanya ketika ditemui di Merapoh di sini semalam.

Katanya yang lebih dikenali sebagai Pokdin Jawa, dia telah menjalankan penternakan lembu Kedah-Kelantan (KK) dan lembu pembaka selama 20 tahun, manakala untuk penternakan lembu sado pula bermula sejak lapan tahun lalu.

“Lembu sado yang paling tinggi pernah saya jual adalah berharga RM17,000.

“Alhamdulillah, sehingga kini lebih 30 ekor lembu sado sudah terjual,” ujarnya.

Tambahnya, lembu sado dari baka limosin, charolais dan bali diberi makan rumput napier yang ditanam dan dimesin sendiri, selain turut dicampur dengan dedak untuk membantu tumbesarannya.

Katanya, kandang lembu sado perlu dibersihkan setiap hari selain haiwan berkenaan juga akan dimandikan setiap pagi, petang dan malam.

“Kos makanan lembu sado juga agak tinggi yang mana harga dedak sahaja mencecah RM4,500 sebulan.

“Lembu sado ini dikategorikan sebagai kayangan maka penja­gaan rapi dan terbaik perlu diberikan supaya pembeli berpuas hati dengan harga yang dibayar,” ujarnya.

Dalam pada itu, di Pasir Mas, Kelantan, permintaan terhadap lembu gergasi baka American Brahman tetap tinggi untuk dijadikan haiwan sembelihan bagi ibadah korban meskipun harga­nya mencecah hingga RM12,000 seekor.

Seorang peniaga, Abdul Hakki Che Ahmad berkata, lembu baka itu diperoleh dari Selangor pada tahun ini dan proses penghantaran haiwan berkenaan kepada pelanggan sudah bermula sejak minggu lalu.

Menurutnya, American Brahman menjadi pilihan orang ramai disebabkan mempunyai daging yang banyak berbanding baka-baka yang ada di pasaran.

“Saya dapat menjual seba­nyak 30 ekor untuk sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu. Kali ini, jumlah jualan sudah me­lebihi 40 ekor telah terjual.

“Permintaan dijangka terus meningkat pada tahun depan kerana orang ramai sudah boleh menerima lembu baka ini untuk dijadikan haiwan korban,” kata­nya ketika ditemui di ladang miliknya di Bukit Tuku di sini semalam.

Abdul Hakki memberitahu, dia menggunakan platfrom media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan TikTok untuk mempromosikan jualan lembu itu dan dijual bermula RM9,000 sehingga RM12,000 seekor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN