fbpx
Zaim dan Ismanira selepas selesai membayar ikat jamin RM20,000. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

Zaim, Ismanira selesai bayar ikat jamin RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin selesai membayar ikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf selesai membayar ikat jamin itu pada pukul 12.40 tengah hari.

Sejurus selesai, kedua-duaya dilihat menaiki sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna putih.

Terdahulu kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini antara pada pukul 12 tengah hari pada 5 Disember hingga pukul 9.55 malam pada 6 Disember lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI