fbpx

Ribut petir di sembilan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMBILAN negeri diramalkan mengalami ribut petir petang ini. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kampar, Batang Padang dan Muallim diikuti kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Cuaca buruk turut diramal melanda beberapa tempat di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Rompin di Pahang, manakala di Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu, turut membabitkan Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta Melaka dan Johor juga dijangka berdepan cuaca sama,” katanya.

Menurutnya, amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan kawasan Sibu dan Bintulu.

“Di Sabah, turut dijangkakan berlaku ribut petir melibatkan beberapa kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI