fbpx

[VIDEO] Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita dan kanak-kanak cedera dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bandar Ramai-Ramai, Sandakan, semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita dan kanak kanak cedera apabila dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Sandakan, Sabah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa.

Pemangku ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K. Ramasamy berkata, kejadian berlaku di Jalan Leila, Bandar Ramai-Ramai.

Bagaimanapun, jelasnya, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial.

“Menerusi rakaman kamera papan pemuka kereta, kedua-dua mangsa dilihat secara tiba-tiba melintas jalan sebelum dilanggar.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu kereta terbabit kemudian membawa mangsa ke hospital Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan, wanita dan kanak kanak itu hanya mengalami sedikit kecederaan ringan dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak berlari melintas jalan sambil dikejar seorang wanita sebelum dilanggar.

Video berdurasi seminit itu turut menujukkan kedua-dua mangsa tercampak selepas dilanggar pada bahagian hadapan kereta tersebut. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI