fbpx

[VIDEO] Tak tahan dengan perangai aneh jiran, berkongsi makanan berulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ulat pada ayam goreng pemberian daripada jiran wanita berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berang apabila kerap menerima makanan pemberian daripada jiran yang sudah berulat dan tidak elok untuk dimakan, walaupun pernah ditolak berulang kali.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, @liezamaliza96, wanita berkenaan turut hairan dengan sikap aneh jirannya itu walaupun sudah tahu makanan yang diberikan berulat dan patut dibuang.

“Jiran kerap bagi makanan padahal baru pindah, tak kenal sangat pun. Sebelum-sebelum ni pernah jumpa kulat macam habuk dekat sayur pucuk ubi. Dia bagi panas-panas tapi macam ayam ni dia bagi macam ni (berulat),” katanya.

Selain itu, tindakan jirannya yang suka menghantar makanan ke rumah setiap kali ketiadaan orang dewasa, turut menjadi pertanyaan.

“Dia hantar time (waktu) anak-anak saja di rumah. Disuruhnya anak-anak aku makan. Bukan sekali dapat makanan busuk , bau persing, sayur berkulat, kali ini ayam pula berulat padahal masih panas-panas semuanya.

“Pernah aku tanya kenapa semua makanan macam basi? Dia kata ‘kalau rasa tak elok, buang je jangan makan’. Degil pula mak cik tu, memberi makanan waktu aku keluar kerja, biarpun anak-anak tidak mahu buka pintu, disuruhnya ambil makanan itu,” ujarnya.

Meninjau ke ruang komen rata-rata pengguna menasihati wanita tersebut supaya berjaga-jaga dengan tidak memakan pemberian orang sesuka hati dan turut berkongsi kisah yang menimpa mereka.

“Jiran ni ada dua jenis, suka bagi makanan yang dia masak segar-segar terus bagi, lagi satu makanan lama yang dia dah tak makan,” komen Alynn Idris.

“Hati-hati sis jika gini ada yang jenis suka hantar-hantar, lain kali bakar dalam api sampah, baca doa-doa dulu. Kalau dia mahu bagi lagi, cakap anak-anak alergik ayam, maaf anak tak suka sayur takut tak makan basi membazir,” kata Mak Dino.

“Saya pernah hadap, jiran bagi lauk yang dia nak kosongkan peti, dia bagi udang entah tahun bila. Bila buka, udang dah lembik, warna dah hitam. Saya buang je, mungkin dia nak buang sayang,” ujar Azie. – KOSMO! ONLINE

@lieza_maliza96Klw niat bersedekah..Bagi la makanan yg elok2..Tahu herr smua makanan lebihan mck tu bgi..Nasib ank2 ku ndk mkn..Klw temakan ank2 ku ni..Siap kw mck ole ku..Bnyk kali sdh tolak n ksitw ndk pyh kasi mknn..Tetap jg dia bg,mmbgi time ak ndk d rmh lg tu..Di surunya lg ank2 ku mkn..Bkn 1 kli dia ksi mknn bgni ni..Hari2 ksi mknn busuk,bau persing,sayur berkulat..kalini ayam berulat..Pdhl msi panas2 tu smua..ndk tw la..rajin btul dia kasi panas tu balik makanan semata2 mw ksi kami mknn..Prnh ku tnya knp smua mknn bgni kw bg mck mcm basi?dia bilg..klw rsa xelok,buang je jgn mkn..Masih berat mulutku menegur..Nt dtg sotku,ku sumbat ni mknn pigi mulutnya..Degil tu mck..Mgasi mknn time ak kluar kerja..Biarpn ank2 ndk mw buka lintu..d surunya ambil tu mknn..haihh…♬ bunyi asal – AzeiL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI