fbpx

Piza Pepperoni-roni pecah rekod Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil dari Malaysia Book of Records,Siti Hajar Johor (tengah) bergambar dengan Ketua Komunikasi Domino's Pizza bagi pasaran Malaysia, Kemboja dan Singapura, Chrissie Robyn (kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Domino’s Pizza memperkenalkan menu baharunya,  Pepperoni-roni yang menampilkan satu hidangan piza tahap baharu yang memberikan pengalaman menarik buat si pencinta makanan popular tersebut.

Dihadirkan dengan peperoni daging dan ayam, piza Pepperoni-roni mengandungi lebih 150 peratus kepingan peperoni yang bakal memberi kepuasan kepada peminat hidangan ini dan mereka yang menyukai kemeriahan daging. 

Hidangnan Pepperoni-roni itu juga menampilkan Mozzarella Twisty Crust untuk menambah rasa dan tekstur bagi melengkapi lapisan kerak piza yang sempurna. 

Kerak pizza yang unik ini dijalin dengan keju mozzarella di dalam doh, memberikan suapan lazat penuh keju.

Selain itu, bersama-sama Pepperoni-roni, Domino’s juga memperkenalkan Cheese Bowl-Cano iaitu satu ciptaan menu inovatif yang disajikan dalam doh segar berbentuk seakan-akan mangkuk yang bukan sahaja berfungsi, malah boleh dinikmati dan ia dibakar sempurna sehingga keperangan.

Cairan keju yang diisi penuh di dalam Cheese Bowl-Cano memberi versatili untuk dinikmati bersama pizza kegemaran atau dicelup bersama hidangan sampingan pilihan yang lain.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia Singapura dan Kemboja, Linda Hassan berkata, syarikat akani terus mencipta inovasi bagi memastikan menu terbaharu selari dengan apa yang pelanggan suka. 

“Pelancaran menu seperti Pepperoni-roni dan Cheese Bowl-Cano adalah bukti komitmen kami. Dengan Pepperoni-roni, kami bukan sahaja memperkenalkan menu baharu, kami juga menambah baik menu kegemaran rakyat Malaysia dengan menawarkan gandaan topping piza yang mereka suka. 

“Cheese Bowl-Cano terinspirasi daripada penerimaan yang amat baik daripada menu baru-baru ini, Cheese Volcano Pizza. 

“Inovasi menu seperti ini adalah cara kami memberikan pengalaman menikmati piza kami, dengan menyajikan menu yang berkualiti tinggi, membolehkan pelanggan kami bukan sahaja seronok untuk merasai malah menghargai menu tersebut dengan harga yang amat berpatutan dalam ekonomi sekarang,” katanya dalam kenyataan.

Linda berkata, bagi menjadikan pelancaran ini benar-benar bermakna, syarikat amat berbangga dapat mencipta sejarah dengan piza Pepperoni-roni ini yang memecahkan rekod Malaysia Book of Records sebagai piza dengan kepingan peperoni yang paling banyak dalam satu piza. 

Pencapaian ini membuktikan komitmen syarikat dalam memberi pengalaman yang luar biasa dan akan diingati. 

Penyerahan sijil yang diadakan di Lot 10, Kuala Lumpur baru-baru ini menandakan pencapaian bermakna bagi Domino’s Pizza kerana Pepperoni-roni telah diiktiraf secara rasminya sebagai piza dengan kepingan peperoni yang paling banyak dalam satu piza di Malaysia. 

Pengiktirafan ini dinobatkan oleh Malaysia Book of Records dan disaksikan oleh orang ramai  yang mana mereka juga berpeluang untuk menikmati sampel percuma piza Pepperoni-roni dan Cheese Bowl-Cano yang lazat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI