fbpx

Lebih 1,000 daftar sebagai pemandu MyRide

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Operasi MyRide, Azleen Othman (kanan) ketika majlis pelancaran MyRide baru-baru ini.

PETALING JAYA – Aplikasi e-hailing baharu tempatan, MyRide dilancarkan secara rasmi minggu lalu sekali gus memberikan lebih banyak alternatif kepada pemandu dan penumpang perkhidmatan e-hailing di negara ini.

MyRide menerusi satu kenyataan berkata, lebih 1,000 individu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah mendaftar sebagai pemandu sehingga sekarang sejak aplikasi berkenaan diperkenalkan pada 15 April lalu.

Jelas kenyataan itu, jaminan MyRide ialah mengekal harga tambang yang berpatutan, progresif dan relevan agar dapat mengimbangi kos yang perlu ditanggung oleh rakan pemandu pada ketika ini dan cabaran ketidak tentuan ekonomi semasa.

“Penubuhan MyRide dicetuskan oleh rintihan dan kisah sebenar pengalaman pemandu e-panggilan berpengalaman yang banyak memberi input mengenai keadaan dan isu semasa industri e panggilan di mana perlu wujud satu syarikat yang benar benar memahami kehendak pemandu.

“MyRide adalah satu satunya platform yang mendengar rintihan pemandu dan memberi ruang kepada pemandu untuk meluahkan pendapat dan masalah mereka dan mengambil data data ini bagi tujuan penstrukturan strategi operasi, pemasaran serta penetapan tambang,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, MyRide turut berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia serta pemandu e-hailing tempatan memberi sokongan kepada mereka agar lebih banyak faedah dapat diberikan pada masa akan datang kepada rakan pemandu dan juga penumpang.

Untuk info lanjut sila layari semua laman sosial Facebook,Tiktok,Instagram,X,Youtube MyRide @myrideofficial dan muat turun aplikasi MyRide di laman sesawang www.myrideasia.com. -KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI