fbpx

KPM selesai isu berbangkit, pastikan DLP dilaksana dengan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazlina bercakap pada sidang akhbar khas di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan program Dual Language Programme (DLP), seterusnya memastikan inisiatif itu dilaksanakan dengan baik berdasarkan garis panduan ditetapkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, susulan itu, pihaknya mengambil perhatian laporan media mengenai bantahan pelaksanaan DLP di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang.

“DLP adalah program di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains dan Matematik.

“Ia bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dengan memberikan pendedahan masa yang lebih melalui PdP Sains dan Matematik di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, pelaksanaan program DLP adalah berdasarkan garis panduan sepertidinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2024: Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme Tahun 2024 bertarikh 19 Mac 2024.

“Sekolah yang melaksanakan program DLP perlu memastikan peluang turut disediakan kepada murid memohon untuk mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda masing-masing.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu kelas di setiap tahun atau tingkatan melaksanakan PdP menggunakan bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

“Ia bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 untuk sesi persekolahan baharu mulai tahun 2024/2025,” katanya.

Jelasnya, bagi menangani isu bantahan pengendalian program DLP yang dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang telah memulakan sesi libat urus dengan semua pihak terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI