fbpx

Fasa pertama e-Invois bermula 1 Ogos 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Tariq Jamaluddin

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjelaskan fasa pertama pelaksanaan e-Invois akan bermula pada 1 Ogos 2024 melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM 100 juta.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, manakala fasa kedua pula akan melibatkan syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM 25 juta hingga RM 100 juta.

“Justeru, dengan garis masa ini, LHDN selaku pelaksana akan memastikan hasrat kerajaan untuk memandatorikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 kepada semua peringkat pembayar cukai dapat direalisasikan,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu, bagi pertanyaan lanjut berhubung pelaksanaan e-Invois boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected] atau pertanyaan berhubung Sandbox Sistem MyInvois dan Software Development Kit (SDK), pembayar cukai boleh menghubungi talian 03-8682 8000 atau e-mel [email protected].

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin bersama dengan 42 persatuan perdagangan Malaysia yang melibatkan lebih daripada 110 orang ahli-ahli perniagaan telah diadakan di Putrajaya.

Sesi tersebut merupakan salah satu agenda utama HASiL dalam membuka ruang kepada pihak persatuan dan LHDN untuk berinteraksi dengan lebih dekat dalam membincangkan kepentingan bersama khususnya perihal percukaian.

“Menyedari peranan penting yang dimainkan oleh pihak persatuan dalam mencorak kepesatan ekonomi menerusi transaksi urus niaga, langkah ini turut bertujuan untuk memastikan daya saing dan kelangsungan perniagaan dalam kalangan ahli berada pada tahap yang kompetitif,” jelas kenyataan itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI