SETIU – Musim cuti sekolah menjadi rezeki tidak disangka-sangka buat pengusaha bot apabila memperoleh sehingga RM5,000 sehari untuk membawa pelancong ‘makan angin’ ke pulau-pulau di sini. Pengusaha bot, Khairul Azhar Mohd. Darus, 43, berkata, mereka tidak menang tangan membawa pelancong ke Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dan Pulau Bidong daripada jeti-jeti di sekitar Merang di sini. “Pendapatan melonjak sekali ganda daripada RM2,500 kepada RM5,000 sehari. Biasanya hanya satu dua bot sahaja yang ditempah untuk ke Pulau Redang setiap hari. “Sejak……