fbpx
Tangkap layar pergaduhan yang berlaku dalam sebuah kejohanan bola sepak baru-baru ini.

[VIDEO] Menang 10-0 tetapi dicemari aksi ‘panas baran’ pemain cilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tindakan seorang kanak-kanak menunjukkan aksi seperti dalam tayangan filem ‘Karate Kid’ terhadap pemain pasukan lawannya pada perlawanan bola sepak bawah 8 tahun di padang Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia (USM), Sabtu lalu mendapatkan kecaman di media sosial.

Video tular dengan durasi satu minit lima saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bertindak menendang salah seorang pemain daripada Kelab Wira Muda dipercayai pada perlawanan yang masih dalam peringkat kumpulan.

Tendangan ala kung fu kanak-kanak terbabit bagaimanapun sempat dielak oleh pemain pasukan lawannya.

Pada perlawanan itu, Kelab Wira Muda menang 10-0 ketika menentang sebuah kelab persendirian dari Pulau Pinang.

Difahamkan, kejadian seumpama itu berlaku pertama kali meskipun penganjuran kejohanan tersebut sudah banyak kali diadakan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan kanak-kanak tersebut termasuk ibu bapa, penonton serta pengadil perlawanan tersebut.

Ada dalam kalangan netizen juga yang menyifatkan kanak-kanak tersebut sebagai seorang yang baran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI