fbpx

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik bergelut ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik dipaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Ko Chi-Li Wei untuk ke pusingan kedua Terbuka Singapura. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bermandi peluh sebelum meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

Pada aksi pusingan pertama sebentar tadi, bekas juara dunia itu tidak diberikan laluan mudah apabila memerlukan masa 41 minit untuk menewaskan beregu Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei 22-20, 21-17.

Prestasi Aaron-Wooi Yik dilihat masih belum kembali ke tahap sebenar, terutamanya selepas mereka turut tewas di pusingan suku akhir pada kejohanan Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil minggu lalu.

Bagaimanapun, mereka boleh menarik nafas lega apabila berjaya meneruskan cabaran pada Terbuka Singapura dan dijadualkan bertemu sama ada Lee Yang-Wang Chi Lin atau Lee Jhe Hui-Yang Po Hsuan di pusingan kedua esok.

Sebagai rekod, beregu No.5 dunia itu masih belum meraih sebarang gelaran musim ini dengan pencapaian terbaik mereka adalah ketika muncul naib juara pada kejohanan All England Mac lalu.

Turut mengiringi Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua esok adalah satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menewaskan Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand 21-12, 21-11.

Dalam pada itu, dua beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai turut melepasi halangan pusingan pertama selepas menewaskan lawan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI