fbpx

Insiden Bukit Broga: Adi Putra penghuni rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adi Putra yang dilaporkan sesat ditemui terjatuh pada kedalaman 10 meter di Bukit Broga, Kajang, semalam.

KAJANG – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang maut terjatuh ke dalam gaung ketika beriadah di Bukit Broga, Kajang, semalam, dipercayai merupakan penghuni sebuah rumah kebajikan di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dipercayai tinggal di rumah kebajikan itu sebagai anak asnaf.

Bagaimanapun, perkara itu akan disahkan pihaknya usai maklumat lanjut diperoleh.

“Mangsa bersama seorang penjaga dan dua rakan, kesemuanya lelaki memulakan pendakian di Bukit Broga kira-kira pukul 7.50 pagi, kelmarin dan hanya disedari hilang pada pukul 12.30 tengah hari.

“Pada pukul 4 petang, kelmarin, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Polis Daerah Kajang menerima maklumat pertama bersabit kes orang hilang semasa menjalankan aktiviti pendakian di Bukit Broga melalui panggilan MERS 999.

“Bertindak di atas maklumat itu, satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pihak polis dan bomba termasuk Unit Anjing Pengesan (K9).

“Operasi itu turut dibantu malim gunung, Renjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, selepas 19 jam operasi SAR dijalankan, mangsa ditemui tidak sedarkan diri petang semalam, di satu kawasan berbatu berhampiran lorong pendakian di lokasi.

“Pada pukul 3.40 petang, pihak ambulans mengesahkan kematian dan mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sub Inspektor, Mohd Yusoff Nor di talian 0199132784 bagi membantu siasatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, mangsa, Adi Putra Affendi dijumpai pasukan keselamatan pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga sekitar pukul 2.50 petang semalam.

Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI