fbpx

7 maut ribut kuat landa Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat memindahkan kanak-kanak dari kawasan yang dinaiki air di Lucena, wilayah Quezon pada 26 Mei lalu. - AFP

MANILA – Angka kematian akibat ribut kuat yang melanda Filipina pada hujung minggu lalu kini meningkat kepada tujuh orang, demikian menurut angka rasmi hari ini.

Ribut pertama yang melanda negara itu pada tahun ini mendarat di pulau tengah, Samar lewat Jumaat lalu. Ia kemudian bergerak ke barat laut di pulau paling ramai penduduk, Luzon.

Hampir semua kematian adalah di wilayah Quezon iaitu berhampiran ibu negara, Manila.

Tiga orang terbunuh akibat pokok tumbang dan seorang bayi lelaki lemas, kata polis kepada AFP.

Seorang lelaki ditemui mati di sebuah kafe yang dinaiki air, manakala mayat seorang lagi lelaki ditemui di sungai, tambah polis.

Mangsa ketujuh ialah pelajar yang mati dihempap ​​pokok tumbang di wilayah selatan, Misamis Oriental di Pulau Mindanao, kata agensi bencana negara sebelum ini.

Lebih 8,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka ketika hujan lebat menyebabkan banjir berleluasa, bekalan elektrik terputus dan kerosakan pada tanaman.

Ribut itu bertambah kuat menjadi taufan ketika ia bergerak ke timur laut di atas Laut Filipina, kata peramal cuaca negeri.

Kira-kira 20 ribut dan taufan melanda Filipina atau perairan sekitarnya setiap tahun dengan merosakkan rumah dan infrastruktur serta membunuh ratusan orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI