fbpx

Anwar serah kepada pihak berkuasa siasat isu kontrak suami Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa membabitkan isu penganugerahan kontrak kepada suami Hannah Yeoh.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa membabitkan isu penganugerahan kontrak kepada suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan perlu dijalankan dengan telus sekiranya terdapat sebarang laporan mengenai penganugerahan kontrak tersebut.

“Itu serah kepada pihak berkuasa. Kalau mereka ada (terima) laporan, mereka harus telus dalam siasatan. Kalau ada laporan, ada siasatan dan patut ada penjelasan dan apa prosesnya.

“Saya ingat itu harus dianggap sebagai satu kes biasa dan patut disiasat, saya tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) 2024 di ibu negara hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini memaklumkan, tiada sebarang kesalahan dikesan berhubung penganugerahan kontrak Kerajaan Selangor kepada suami Hannah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik berkata, berdasarkan laporan media diterima pihaknya, kontrak itu diberikan oleh entiti lain yang tidak mempunyai kaitan dengan tugas dan tanggungjawab Hannah selaku Menteri Belia dan Sukan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han dalam kenyataannya pula menjelaskan, Asia Mobility Sdn. Bhd. dan Badan Bas Coach Sdn. Bhd. terpilih untuk sistem DRT yang diluluskan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Dua syarikat itu dipilih Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT selepas berjaya membuktikan konsep berkenaan

Sementara itu, mengulas mengenai nilai ringgit yang mengukuh kepada 4.6900/6950 berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini, Anwar berpandangan ia suatu angka yang baik.

“Ada pengukuhan. Angka umum yang baik. Ekonomi kita syukur alhamdulillah,” katanya.

Menjawab soalan berhubung kebimbangan terhadap pelaksanaan subsidi bersasar melibatkan diesel akan meningkatkan harga barang, kata beliau, kerajaan mempunyai langkah yang mencukupi dan sewajarnya untuk menanganinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI