fbpx

[VIDEO] Tujuh kereta dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan terjejas kejadian pokok tumbang di Plaza PK 1/11A, Taman Kinrara, Puchong, hari ini.

PUCHONG – Sebanyak tujuh buah kenderaan terjejas ekoran kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku susulan hujan lebat di Plaza PK 1/11A, Taman Kinrara, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.24 petang tadi.

Jelasnya, sebanyak sembilan anggota dan pegawai lain-lain pangkat serta dua buah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebatang pokok tumbang telah menghempap tujuh buah kereta.

“Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihak bomba mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu namun masih melakukan pemeriksaan di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI