fbpx

SPM 2023: ‘Sebut nama anak sebelum tidur sambil doa Allah mudahkan urusan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Huzaifah dan ibunya, Azizah.

GEORGE TOWN – Tiada apa yang dapat diluahkan seorang ibu melainkan rasa syukur beserta linangan air mata apabila dua anaknya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan, hari ini.

Azizah Abdul wahab, 43, yang merupakan suri rumah berkata, hanya doa yang menjadi kekuatan dirinya agar dua anaknya, Muhammad Huzaifah Raja Siraj Mohideen, 18, dan Nur Husnina, 18.
memperoleh kejayaan dalam peperiksaan SPM.

Muhammad Huzaifah merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul memperoleh 7A (3A+ dan 4A) manakala adiknya dari SMK Convent Greenlane mencatatkan keputusan 8A.

Jarak bulan kelahiran kedua-dua mereka adalah 11 bulan iaitu Muhammad Huzaifah dilahirkan pada Januari 2006 manakala adiknya pula Disember tahun sama.

“Setiap kali sebelum tidur, saya akan berdoa kepada Allah SWT yang saya reda sambil menyebut nama anak-anak supaya dipermudahkan urusan.

“Kami bukan orang senang, suami pula menghidap parkinson, malah anak langsung tidak mengikuti kelas tuisyen dan hanya belajar sendiri termasuk secara berkumpulan dengan rakan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, tadi.

Dalam pada itu, Muhammad Huzairah berkata, dia mula serius mengulangkaji pelajaran pada awai Januari lalu iaitu sebulan sebelum peperiksaan SPM bertulis.

“Saya dan adik saling tolong-menolong dan bertukar pendapat. Saya juga belajar secara berkumpulan dengan rakan sekelas sama ada di rumah mereka mahupun di kedai makan.

“Setiap hari, saya mengambil masa selama dua jam untuk mengulangkaji mata pelajaran dan selalunya selepas Maghrib,” katanya bercita-cita sebagai akauntan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI