fbpx

Polis siasat TikToker buat gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap seorang pempengaruh terkenal di aplikasi TikTok menerusi kandungan mengaji di jalanan selepas disyaki melalukan jenayah gangguan seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan berkenaan dilakukan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Kita juga buka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, tular di platform X laporan polis seorang individu yang menyatakan pempengaruh itu memintanya melakukan perkara tidak senonoh ketika berhubung menerusi panggilan video selain menghantar mesej berbaur lucah dan melakukan cubaan merabanya ketika mereka keluar bersama.

Dalam pada itu, seorang pengguna platform X menerusi ciapannya turut menulis surat terbuka kepada pempengaruh berkenaan dengan mendakwa menerima kiriman mesej daripadanya yang mahu memfailkan saman.

Pengguna platform X itu turut mendakwa dimaki hamun oleh golongan digelarkannya pentaksub kepada pempengaruh berkenaan dan menuntut pempengaruh berkenaan melakukan sumpah laknat bagi menafikan perbuatannya.

Susulan itu, pempegaruh itu turut menafikan dia terbabit dalam jenayah gangguan seksual seperti tular di media sosial.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI