fbpx

Kontrak Kerajaan Selangor kepada suami Hannah Yeoh tidak salah – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam pada sidang akhbar Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di Pusat Konvensyen Leo Moggie, hari ini. FOTO AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati sebarang kesalahan dikesan berhubung penganugerahan kontrak Kerajaan Selangor kepada suami Hannah Yeoh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, berdasarkan laporan media yang diterima pihaknya, kontrak itu diberikan oleh entiti lain yang tidak mempunyai kaitan dengan tugas dan tanggungjawab Hannah selaku Menteri Belia dan Sukan.

“Saya baca dalam laporan media, suami (Hannah), dapat kontrak Kerajaan Negeri Selangor. Hannah kerja apa? Beliau bertugas di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Jadi, saya nampak tidak ada kaitan Kerajaan Negeri Selangor dan KBS melainkan kementerian itu memberi projek kepada suami Hannah. Itu mungkin lain cerita.

“Buat masa ini, saya tidak nampak apa-apa kesalahan,” katanya pada Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan penganugerahan kontrak sistem Demand Responsive Transit (DRT) itu dipersoal PAS Selangor yang mendakwa wujud konflik kepentingan dalam pelantikan syarikat tersebut.

Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar turut membangkitkan mengenai penganugerahan kontrak tersebut yang menurut beliau tidak dibuat melalui tender terbuka.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han dalam kenyataannya menjelaskan, Asia Mobility Sdn. Bhd. dan Badan Bas Coach Sdn. Bhd. terpilih untuk sistem DRT yang diluluskan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Dua syarikat itu dipilih Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT selepas berjaya membuktikan konsep berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI