fbpx

Gunung berapi hambur abu 6 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNUNG Ibu meletus pada 21 Mei lalu. – AFP

JAKARTA – Sebuah gunung berapi di timur Indonesia menghamburkan awan abu setinggi 6 kilometer ke langit hari ini dalam letusan terbaharu selepas meletus hampir 100 kali sejak awal tahun ini.

Gunung Ibu di Pulau Halmahera,  dalam wilayah Maluku Utara itu meletus pukul 3.30 pagi (waktu tempatan) dan menyebabkan hujan pasir di kawasan sekitarnya, kata pihak berkuasa.

Gunung berapi itu meletus sekurang-kurangnya 95 kali sejak awal tahun ini, manakala  pihak berkuasa meningkatkan amaran ke tahap  tertinggi dalam sistem amaran bencana empat peringkat.

“Awan abu berwarna kelabu pekat direkodkan dan bergerak ke arah Barat,” kata ketua agensi geologi, Muhammad Wafid dalam satu kenyataan.

Beliau meminta orang ramai tidak mengunjungi zon pengasingan dalam radius antara 4 hingga 7 kilometer dari kawah Gunung Ibu.

Gunung berapi itu meletus pada skala serupa beberapa minggu lalu dengan menghamburkan ‘tembok’ abu setinggi 6 kilometer ke ruang udara.

Ibu merupakan antara gunung berapi paling aktif di Indonesia dan meletus lebih 21,000 kali pada tahun lalu.  – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI