fbpx

Durian mini murah, laku keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURIAN mini Thailand yang dijual di Vietnam. - Foto Thanh Hoan

BANDAR RAYA HO CHI MINH  – Durian mini dari Thailand dijual separuh harga berbanding tahun lalu di Vietnam, lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Seorang penjual buah itu secara online yang dikenali sebagai Trang  berkata, dia membeli sekitar 85 hingga 100 kotak mengandungi 20 biji durian mini di dalam setiap kotak pada sesuatu masa.

Dia kemudian menjual sebiji buah itu pada harga 65,000 dong(RM12)  hingga 130,000 dong (RM24) sekilogram.

Seorang lagi penjual dikenali sebagai  Thanh memberitahu, dia menjual sekitar 50 hingga 150 kilogram durian mini pada setiap hari. 

Buah itu dihantar dari Thailand melalui Kemboja ke Vietnam, tambahnya.

Menurutnya,  kini terdapat banyak bekalan durian mini di Vietnam .

Thanh juga berkata, walaupun harga durian mini lebih murah berbanding durian jenis Ri6 yang ditanam di Vietnam, pelanggan tidak seharusnya membelinya  jika buah itu  terlalu kecil kerana kualitinya adalah rendah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI