fbpx

Dua lelaki melecur dalam kebakaran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran yang menyebabkan dua lelaki melecur di beberapa bahagian di tubuhnya dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Seri Kendong Kota, di sini, pagi tadi.-FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Dua lelaki melecur di beberapa bahagian di tubuhnya dalam kejaidan kebakaran di sebuah rumah di Kampung Seri Kendong Kota, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi Zaini Saleh berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 7.50 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang musnah kira-kira 80 peratus. Terdapat dua mangsa mengalami kecederaan.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan dihantar ke Hospital Tampin,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI