fbpx

Dipulaukan selebriti, buat baik mana pun orang tak suka – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA Jebat terkejut dipulaukan selebriti lain.

KUALA LUMPUR – Dipulaukan segelintir artis tanpa sebab munasabah, penyanyi Ayda Jebat terkejut namun mengakui tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Pun begitu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 32, berkata, dia tidak akan berhenti berbuat baik dengan semua orang hanya disebabkan isu remeh-temeh.

“Bagi pendapat saya, bukan dalam pertandingan ini sahaja tetapi di luar juga saya akan cuba sedaya upaya untuk berlaku baik dengan semua orang, pendek kata, saya sokong semua orang.

Kalau ada mana-mana artis yang tidak senang, tak puas hati atau tak suka dengan saya, saya tak boleh nak buat apa, saya tidak boleh puaskan hati semua orang.

“Hakikat menjadi manusia, kita buat baik mana pun, pasti ada orang yang tidak suka kita,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun lagu Pencuri Hati itu lagi, dalam pertandingan The Hardest Singing Show itu juga dia berkawan dengan semua artis dan saling menyokong antara satu sama lain.

Begitupun, dia tidak dapat memaksa orang untuk menyukainya meskipun sudah sehabis boleh berbuat baik dan bertegur sapa dengan semua orang.

“Untuk pertandingan ini pula, mesti kita akan rasa tercabar dengan semua orang tapi saya sudah lama dalam industri, saya faham perjalanan setiap program itu macam mana.

“Siapa yang bagus kita bangga, siapa yang kurang bagus kita sokong dan berikan motivasi. Saya dan suami pun ada jumpa artis lain dalam program ini dan berikan semangat.

Tapi macam saya cakap tadi, saya tiada hak untuk menghalang orang benci saya, pada saya, saya selesa dengan semua artis,” ujarnya ketika ditemui di konsert minggu ketiga The Hardest Singing Show, semalam.

Ayda menjadi antara lapan penyanyi bertanding dalam The Hardest Singing Show terbitan Astro yang memfokuskan kepada kreativiti persembahan berdasarkan tema mingguan.

Peserta lain yang turut terlibat ialah Aepul Roza, De Fam, Stacy, Aisha Retno, Kaka Azraff, Zizi Kirana dan Putera Muhammad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI