fbpx

11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman ketika menunjukkan laporan analisis keputusan peperiksaan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 10,109 calon pada tahun 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pencapaian calon SPM pada 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Seramai 373,525 calon menduduki SPM 2023.

“Seramai 83,112 calon SPM 2023 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran.

“Manakala 131,489 calon lulus sekurang-kurangnya gred E bagi semua mata pelajaran,” katanya pada pengunuman analisis keputusan peperiksaan SPM 2023.

Sementara itu, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi ini.

Manakala calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI