fbpx

Polis siasat insiden kecoh luar Stadium Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kekecohan yang berlaku di luar Stadium Cheras semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menerima satu laporan berhubung kekecohan usai perlawanan bola sepak antara pasukan Kuala Lumpur City dengan Johor Darul Takzim (JDT) di luar pekarangan Stadium Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi empat minit 42 saat di YouTube pada pukul 2 petang tadi.

Katanya, video kekecohan itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun ‘Fr7 Reborn’ hari ini.

“Semakan dilakukan mendapati sekumpulan penyokong yang keluar daripada Stadium Cheras mula membaling objek dan mercun di luar stadium.

“Berhubung kejadian ini, polis menerima satu laporan polis berkaitan kes pecah cermin kereta daripada seorang individu lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Ada kawalan (polis) tetapi kumpulan ini berlari ke atas jalan bersama suar. Ketika kejadian, kita tidak membuat sebarang tangkapan kerana tidak tahu siapa yang membaling objek terbabit,” jelasnya.

Beliau menegaskan, pihaknya giat mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam insiden malam tadi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI