fbpx

Lelaki mirip ‘John Wick’ tular di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Thailand ini dikatakan menyerupai John Wick. - The Nation

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand menjadi sensasi internet selepas dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon filem John Wick, Keanu Reeves, lapor laman berita Thaiger.

Media arus perdana dan sosial media negara itu dihebohkan dengan video lelaki berkenaan yang kini tular di platform TikTok.

Klip video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.7 juta dan menerima banyak komen yang menghiburkan daripada orang ramai.

Dalam klip video tersebut, ‘kembar John Wick’ tersebut dilihat di pelbagai lokasi di Thailand dan melakukan pelbagai perkara, daripada membuat kopi dan menjual sotong bakar, sehingga mencuci pinggan mangkuk dan melawat tokong.

Dalam satu lagi klip video yang tular, dilihat lelaki tersebut memakai seluar gajah dan menunggang motosikal untuk menjual sotong bakar.

“Dia sudah bersara daripada menjadi pembunuh upahan dan bergelar peniaga sepenuh masa,” kata seorang netizen secara berseloroh. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI