fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa Sarawak dan Sabah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Malaysia Timur negeri Sabah dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk di Sabah itu melibatkan kebanyakan kawasan di Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau.

Dalam pada itu, beberapa lagi daerah di Sabah iaitu Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Telupid dan Beluran) turut mengalami hujan lebat dan ribut petir.

“Selain itu, cuaca sama juga dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Lundu), Sibu (Selangau) dan Mukah (Dalat dan Mukah).

“Turut juga terkesan di bahagian Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, cuaca baik hampir di seluruh negeri di Semenanjung dijangka berterusan sehingga malam ini.

Selain itu, Metmalaysia memaklumkan tiada amaran angin kencang dan laut bergelora yang berlaku pada malam ini. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI