fbpx

AEON lancar AEON Bank, bank digital Islam pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Teh Maimunah (empat dari kiri) pada majlis pelancaran AEON Bank di Shah Alam di sini hari ini.

SHAH ALAM – AEON Bank (M) Bhd. hari ini (AEON Bank) melancarkan bank digitalnya sekali gus menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian perbankan digital patuh syariah yang selamat, ringkas dan inklusif kepada semua rakyat merangkumi akaun simpanan, pelan simpanan persaraan, pelbagai pilihan pinjaman dan perkhidmatan pembayaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, penubuhan bank digital itu akan membolehkan pihaknya menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan secara menyeluruh termasuk di kawasan pedalaman.

“Dengan wujudnya bank ini, sistem perbankan digital Islam diharap dapat melakukan analisis kewangan secara terperinci dan mencapai rangkuman kewangan yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena majlis pelancaran AEON Bank yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Johan Mahmood Merican.

Raja Teh Maimunah menjelaskan, sebelum pelancaran ini, bank telah melaksanakan ujian akhir selama 12 minggu yang melibatkan 1,800 kakitangan bank untuk mengenal pasti pelbagai perkara yang perlu diperbaiki.

“Kami mendapat banyak maklum balas yang baik, bukan sahaja daripada pekerja tetapi juga daripada keseluruhan kerangka sistem terbabit.

“Kami tidak tergesa-gesa dalam ujian tersebut dan kami juga tahu kaedah khusus untuk memastikan kestabilan platform perbankan sebelum ia dilancarkan hari ini,” jelasnya.

Sempena perlancaran AEON Bank, pihaknya menawarkan perkhidmatan produk digital perbankan peribadi seperti Akaun Simpanan-i, Akaun ‘Saving Pots’ dengan ciri pengoptimuman yang boleh disesuaikan dengan bajet pelanggan.

Tambah beliau, pengguna yang mengaktifkan akaun mereka pula akan dapat mengakses dengan segera AEON Bank x Visa Kad Debit-i maya mereka dan memohon Kad Debit-i fizikal mereka. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI