fbpx

Remaja keluarga berpendapatan rendah lebih ramai gemuk – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHO semakin bimbang berhubung kaitan obesiti dan pendapatan isi rumah. -- AFP

COPENHAGEN – Remaja daripada keluarga berpendapatan rendah di Eropah lebih berisiko mengalami obesiti, tidak aktif dan pemakanan tidak sihat yang merupakan faktor untuk penyakit kanser, sakit jantung dan kencing manis, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) kelmarin.

Laporan baharu itu mendapati wujud jurang besar dalam tahap kesihatan remaja di Eropah dengan mereka yang berasasl daripada keluarga kurang berkemampuan adalah ramai paling terjejas.

Kajian berdasarkan data dari 44 negara Eropah itu menunjukkan seorang dalam setiap empat remaja mengaku mengambil gula-gula atau coklat pada setiap hari.

“Adalah membimbangkan kerana remaja daripada keluarga kurang berkemampuan lebih cenderung gemuk atau obes,” kata WHO.

Menurut WHO, kajian sama mendapati sekitar 27 peratus remaja daripada keluarga berpendapatan rendah mengalami obesiti berbanding 18 peratus rakan sebaya mereka yang lebih kaya.

Remaja daripada keluarga berpendapatan rendah didapati lebih cenderung minum minuman manis dan kurang mengambil buah-buahan serta sayuran.

“Ini berlaku kerana keluarga mereka kurang mampu dan kurang akses untuk membeli makanan lebih sihat (harga lebih mahal), menyebabkan mereka lebih bergantung kepada makanan bergula dan makanan proses.

“Makanan tidak sihat ini menjejaskan kesihatan remaja,” kata Pengurus Program Kesihatan Kanak-Kanak dan Remaja Eropah WHO, Martin Weber.

Rantau Eropah di bawah pengendalian WHO merangkumi 53 negara di Benua Eropah dan Asia Tengah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI