fbpx

Lelaki maut ketika potong rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Azhar meninggal dunia selepas rebah di kawasan sawah di Kampung Pida Tiga Semut Gatal, Arau hari ini.

ARAU – Seorang lelaki berusia 39 tahun meninggal dunia selepas rebah di kawasan sawah di Kampung Pida Tiga Semut Gatal, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Khairul Azhar Ismail dari Kampung Permatang Bongor melakukan kerja-kerja memotong rumput di batas sawah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi memberitahu, hasil temu bual dengan bapa saudara dan abang mangsa mendapati lelaki terbabit mengalami kekejangan sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

“Saksi terus menghubungi pihak hospital seterusnya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan sejak lahir selain pernah mengalami kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya.

“Selepas kemalangan itu, dia kerap mengalami serangan sawan secara mengejut tanpa mengira waktu,” ujarnya.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut pihak forensik terhadap tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan atau tanda-tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

“Sejarah kesihatan jelas menyatakan mangsa kerap mengalami gangguan sawan akibat kemalangan dialami. Berpandukan siasatan, pemeriksaan serta sejarah kesihatan tersebut, doktor mengesahkan sebab kematian adalah sawan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI