fbpx

Wanita berlutut melamar teman lelaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu membuka sebuah kotak berisi cincin sambil melutut di hadapan teman lelakinya. - TIKTOK @masjokozainudin

JAKARTA – Perbuatan seorang wanita yang melamar dan mengajak teman lelakinya untuk berkahwin mengundang perhatian netizen. 

Menurut laman berita Merdeka.com semalam, kejadian berlaku di sebuah  taman tema milik Sea World, dipercayai di luar Indonesia.

Rakaman yang dikongsikan di platform TikTok oleh akaun @masjokozainudin itu memaparkan detik bahagia pasangan kekasih tersebut di hadapan orang ramai. 

Lebih menarik, wanita itu membuka sebuah kotak kecil berisi cincin sambil berlutut di hadapan teman lelakinya.  

Lelaki itu kemudian menerima lamaran tersebut lalu memeluk teman wanitanya.

“Tidak pernah terfikir kalau diri ini dilamar oleh teman wanita  sendiri,” kata lelaki itu. 

Rakaman kejadian itu menjadi tular di media sosial dan meraih 1 juta tontonan.

“Yashh gurl! Bekerja keraslah kerana ada lelaki yang harus kita halalkan,” kata seorang wanita di laman sosial tersebut. 

“Lamar balik lah!!!!!!!,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI