fbpx

QNET berjaya himpun 9,000 peserta konvensyen dari 30 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada tetamu dan kenamaan yang hadir pada majlis pelancaran konvensyen QNET di Pulau Pinang baru-baru ini.

PETALING JAYA – QNET, syarikat jualan langsung yang memiliki keahlian daripada pasaran antarabangsa, telah berjaya menghimpunkan hampir 9,000 peserta dari 30 buah negara dalam satu Konvensyen Tahunan QNet ke-12, V Malaysia di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Syarikat berpangkalan di Hong Kong itu kini menawarkan lebih 30 jenama produk berasaskan kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup dengan memiliki enam pusat pengedaran global di seluruh Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Ia juga kini memiliki lebih 2.5 juta pengikut di media sosial de­ngan penggunaan tujuh bahasa pengantara.

Ketua Pegawai Pemasaran QNET, Trevor Kuna berkata, konvensyen yang berlangsung selama lima hari yang bertemakan Unstoppable this year itu bertujuan untuk membuka peluang pembe­lajaran, mengu­kuhkan rangkaian, meningkatkan peradaban bangsa serta memberi pengalaman terbaik dalam kalangan ahlinya.

“Pada tahun ini, konvensyen mendapat sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama bagi penganjuran konvensyen dan pameran.

“Sejak konvensyen tersebut dianjurkan pada tahun 2008, ia telah memberi impak pertumbuhan yang ketara dalam industri pelancongan di Malaysia sekali gus mencatat pengiktirafan antarabangsa kerana penjanaan hasil perdagangan yang dibawa QNET,” jelasnya.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.

Turut hadir Pengasas QNET, Datuk Seri Vijay Eswaran dan Joseph Bismark.

Selain itu, bersempena konvensyen tersebut, QNET turut melancarkan dua produk baharu iaitu HomePure Rayn dan Amezcua E- Guard.

Jurulatih produk global QNET, Sunny Shaper menerangkan, HomePure Rayn adalah kepala pancuran mandian pertama yang disepadukan dengan Teknologi Resonans Amezcua (ART) dan mempunyai vitamin C bagi membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan, menambah baik penghidratan dan bersifat bioteknologi.

Menurut beliau, produk itu membantu meningkatkan bio­field dalam titisan air dan me­rangsang kulit lebih baik.

Dalam masa yang sama, ia juga dapat menyegarkan dan terbukti secara klinikal berbanding kepala pancuran tanpa ART.

“Kedua-dua produk yang dilancarkan ini akan dijual di pasaran global melalui platform online,” jelasnya.

Selain itu QNET turut melancarkan Amezcua E-Guard iaitu penyelesaian kesihatan unik yang menyediakan perlindu­ngan untuk tubuh daripada kesan berbahaya pendedahan elekto-asbut daripada telefon mudah alih, komputer, komputer riba dan televisyen.

“Produk ini menggabungkan dua teknologi perintis dalam satu cip tunggal yang berfungsi dengan baik termasuk ciri-ciri mineral kuarza yang membantu menyerap pelbagai corak sinaran dan mengubahnya menjadi fre­kuensi lebih serasi dengan sistem biologi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI