fbpx

Pihak ada maklumat suspek diminta tampil – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman televisyen litar tertutup ketika suspek menyimbah asid ke arah Faisal di tempat parkir sebuah pusat beli-belah, 5 Mei lalu.

PETALING JAYA – Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan suspek dalam kejadian simbah asid melibatkan pemain bola sepak negara, Faisal Halim tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

“Belum ada yang tampil dengan maklumat bagi membantu siasatan polis.

“Justeru, kita memohon mana-mana pihak mempunyai maklumat untuk segera tampil bagi membantu siasatan kita,” katanya ketik dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit suspek yang menyimbah asid terhadap Faisal.

Suspek disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 centimeter selain mempunyai kulit sawo matang dan susuk saiz badan sederhana.

Dalam pada itu, katanya, seramai 23 individu sudah diambil keterangan termasuk saksi kejadian dan Faisal.

Ditanya mengenai suspek kedua, Razarudin berkata, siasatan lanjut masih berjalan kerana maklumat daripada saksi kejadian amat terhad.

“Fotofit suspek pertama yang didedahkan adalah hasil keterangan saksi yang berada di lokasi kejadian.

“Ketika itu, seorang lagi suspek yang menaiki motosikal berada agak jauh dari saksi kejadian, justeru maklumat yang ada amat terhad,” katanya.

Terdahulu, Razaudin berkata, hanya tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian mempunyai cukup sifat susulan penelitian pihak forensik PDRM.

Katanya, tiga cap jari yang cukup sifat itu telah disemak dengan pangkalan data PDRM namun tiada padanan timbul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI