fbpx

Malaysia destinasi selamat untuk pelabur – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Nikkei di Tokyo hari ini. Foto - PMO

PETALING JAYA – Malaysia merupakan sebuah destinasi selamat untuk mana-mana pelabur yang masih mencari tempat pelaburan mereka, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan ke-29 (Persidangan Nikkei) di Tokyo hari ini.

Perdana Menteri berkata, status tersebut begitu penting ketika pelabur khususnya dalam sektor pembuatan mencari-cari destinasi selamat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di seluruh dunia.

“Saya berani katakan bahawa Malaysia sesuai dengan keperluan, terima kasih kepada kestabilan kita, tenaga buruh yang mahir, serta keadaan ekonomi dan geopolitik kita.

“Buktinya adalah pada angka. Lihat sahaja pada 2023, Pulau Pinang selaku hab semikonduktor Malaysia menarik AS$13 bilion dalam pelaburan langsung asing, melebihi jumlah gabungan untuk tujuh tahun sebelumnya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan tersebut.

Perdana Menteri menjadi pemimpin pertama menyampaikan ucaptama pagi ini dengan ucapan beliau berkisar tema ‘ASEAN Leadership In an Uncertain World’ yang menyentuh isu geopolitik dan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI