fbpx

Bekas penyerang Harimau Malaya era 70-an meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Apandi meninggal dunia di HUSM, Kubang Kerian hari ini selepas mengalami jangkitan kuman kronik pada paru-paru sejak sebulan lalu.

KOTA BHARU – Bekas penyerang Harimau Malaya era 70-an, Apandi Yusof, 73, meninggal dunia hari ini selepas mengalami jangkitan kuman kronik pada paru-paru sejak sebulan lalu.

Anaknya, Farah Adila, 40, berkata, bapanya meninggal dunia kira-kira pukul 3.10 petang tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

“Arwah menghembuskan nafasnya hari ini selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 18 April lalu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Apandi terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman kronik pada paru-paru.

Apandi yang beraksi untuk Kelantan pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan pada tahun 1970-an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI