fbpx

Kerajaan Negeri digalak manfaatkan peruntukan EFT secara optimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri digalakkan memanfaatkan peruntukan Pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) secara optimum serta menggariskan beberapa pendekatan baharu bagi meningkatkan impak pelaksanaan inisiatif itu.

EFT merupakan insentif tambahan kepada Kerajaan Negeri yang diperkenalkan pada 2019 bagi melindungi, memulihara dan mewartakan kawasan perlindungan bagi perkhidmatan ekosistem termasuk tadahan air dan perlindungan hidupan liar.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, insentif itu termasuk melaksanakan projek konservasi biodiversiti dan hutan berskala besar.

Katanya, ia dilaksanakan melalui pendekatan ‘blended finance’ iaitu mobilisasi kewangan tambahan daripada Kerajaan Negeri dan rakan strategik selain peruntukan EFT.

“Ia juga mengukuhkan kriteria pengagihan EFT dengan memberi penekanan kepada aspek kualiti dan keberhasilan selain menyediakan insentif tambahan di bawah EFT kepada negeri yang meminda Enakmen Perhutanan masing-masing supaya selari dengan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022.

“Menteri turut menyambut baik cadangan dan pandangan Kerajaan Negeri ke arah menambah baik pelaksanaan EFT serta berharap kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diperkukuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelas kenyataan itu, bermula tahun 2019 sehingga kini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM550 juta bagi pelaksanaan EFT termasuk RM200 juta pada tahun ini.

“Pelbagai projek berimpak tinggi telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui insentif EFT antaranya pemuliharaan kawasan perlindungan dan penambahan kawasan perlindungan baharu.

“Ia turut melibatkan program restorasi, penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan selain operasi penguatkuasaan,” katanya.

Pada masa sama, pelaksanaan EFT telah menunjukkan keberhasilan di mana sejumlah kira-kira 350,000 hektar kawasan telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan baharu.

Kawasan itu meliputi hampir 90,000 hektar perlindungan daratan dan lebih daripada 250,000 hektar kawasan perlindungan marin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI