fbpx
JOHARI (kanan) dan seorang penduduk di hadapan jambatan yang tidak selamat digunakan untuk ke Kampung Permatang Sepam Darat, di Benut, Pontian. – MUHAMMAD ZIKRI

Jambatan usang tunggu masa ragut nyawa murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kira-kira 500 penduduk di Kampung Permatang Sepam Darat, Benut, di sini, meminta pihak berwajib menyegerakan pembinaan jamba­tan yang menghubungkan kampung itu dengan Jalan Utama Parit Madirono-Parit Betak kerana ia turut digunakan oleh 60 murid sekolah.

Penduduk terpaksa menggunakan kemudahan itu walaupun tidak selamat untuk digunakan bagi menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Agama (SA) di Permatang Sepam Laut.

Selain itu, kaum lelaki menggunakan jambatan itu untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Permatang Sepam serta bagi mereka yang ingin ke kebun dan sebagainya.

Seorang penduduk, Johari Sarkom, 52, berkata, jambatan yang dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah berusia lebih 50 tahun di mana salah satu tiang utamanya sudah patah.

“Aduan dibuat pada November tahun lalu berikutan hujan lebat yang turut membawa gumpalan rumput dari arah Parit Betak telah ‘merempuh’ tiang itu.

“Terdapat 60 murid SK dan SA Permatang Sepam yang berulang-alik setiap hari dari Kampung Permatang Sepam Darat melalui jambatan ini yang tidak selamat digunakan.

“Jika menggunakan Jalan Parit Betak ke Kampung Permatang Sepam Laut jaraknya kira-kira 9 kilometer dan ini tentunya memakan masa terutamanya yang menggunakan basikal,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, penduduk berharap pembinaannya dapat disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk kerana mereka melaluinya menggunakan basikal dan motosikal setiap masa.

Kemat Surono, 78, berkata, dia yang mempunyai kebun kelapa sawit di Permatang Sepam Darat juga menggunakannya setiap untuk ke kebun dan menuai hasil.

“Sudah hampir tujuh bulan kerosakan ini berlaku, kami harap kerajaan segera bantu kami, penduduk tiada pilihan lain yang lebih dekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN