fbpx

Berat badan Faisal Halim susut 4kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal.

SHAH ALAM – Berat badan pemain kebangsaan, Faisal Halim susut sehingga empat kilogram (kg) sepanjang dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan akibat disimbah asid, awal bulan ini.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar bagaimanapun berkata, Faisal yang begitu bersemangat untuk pulih sudah mempunyai selera makan sehingga berat badannya bertambah satu kg selepas seminggu dirawat.

“Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair kata pihak fisioterapi dan ISN (Institut Sukan Negara) sudah rangka program untuk Faisal. Dia sekarang kena bina semula otot.

“Faisal perlukan tempoh sehingga enam bulan untuk jalan proses pemulihan sebelum dibenarkan kembali ke lapangan dan sertai Selangor FC dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI