fbpx

Tindakan keras terhadap gerombolan pelampau, ganggu keamanan negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung Anwar menyampaikan Perutusan Negara malam ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan negara akan bertindak keras terhadap gerombolan yang mengganggu gugat kententeraman dan keamanan negara ini.

Beliau berkata, ia susulan insiden keganasan yang turut meragut nyawa pasukan keselamatan dan tindakan gerombolan pelampau dan penghasut di negara ini.

“Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana telah menikmati satu keadaan yang selesa dan membahagiakan. Namun, di beberapa minggu kebelakangan ini, negara dikejutkan beberapa insiden keganasan.

“Meragut nyawa pasukan keselamatan kita dan tindakan gerombolan pelampau dan penghasut. Justeru, saya beri jaminan telah adakah pertemuan dengan pasukan keselamatan.

“Kita akan bertindak keras terhadap gerombolan tersebut, insya-Allah keadaan bertambah tenang dan terkawal. Nampaknya ada usaha mengeruhkan suasana dalam keadaan negara aman dan ekonomi mula mencatat pertumbuhan memberangsangkan,” katanya berucap pada Perutusan Negara disiarkan secara langsung malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI