fbpx

Singapura perketat keselamatan selepas serangan di balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WONG berucap selepas mengangkat sumpah di Istana, Singapura pada 15 Mei lalu. – AFP

SINGAPURA  – Singapura mengetatkan kawalan keselamatan susulan serangan ke atas sebuah balai polis di Malaysia oleh seorang lelaki yang disyaki mempunyai  hubungan dengan kumpulan berkaitan Al-Qaeda, kata Perdana Menteri Lawrence Wong hari ini.

Dua anggota polis terbunuh dan seorang dicederakan oleh penyerang bersenjatakan parang di negeri Johor, selatan Malaysia, berdekatan selat yang memisahkan negara berkenaan dan Singapura.

Lelaki terbabit ditembak mati oleh anggota polis yang cedera tersebut. Bapanya merupakan anggota rangkaian militan Jemaah Islamiyah (JI) yang beroperasi di rantau Asia Tenggara.

“Serangan seperti ini, hanya di seberang sempadan kita, menjadi peringatan menggerunkan bahawa  ancaman keganasan masih tinggi.

“Kita telah meningkatkan langkah keselamatan, termasuk di pusat-pusat pemeriksaan,” kata Perdana Menteri berkenaan di laman Facebook.

Wong turut menggesa orang awam supaya segera melaporkan ‘sebarang individu atau apa-apa aktiviti mencurigakan’.

JI bertanggungjawab berhubung siri serangan bom di Asia Tenggara termasuk pengeboman sebuah resort di Pulau Bali yang mengorbankan  202 orang  termasuk 88 rakyat Australia dalam tahun 2022. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI