fbpx

Murid lelaki 12 tahun mungkin dibuang sekolah kerana rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMBUT Farouk terlalu panjang dan tidak mematuhi peraturan sekolah di London - Foto BONNIE MILLER/@FAROUKJAMES

LONDON – Seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang mempunyai rambut panjang hampir paras pinggang dan tidak pernah dipotong,  berdepan risiko dibuang sekolah, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Farouk James menghadiri kelas di sekolah baharunya di Britain  pada September tahun lalu.

Dia diminta untuk memotong rambut bersesuaian dengan peraturan sekolah berkenaan.

Keluarga Farouk telah menghantar surat  doktor kepada pihak sekolah untuk memberitahu bahawa anak mereka mengalami  ketakutan melampau (fobia) dikenali sebagai  ‘tonsurephobia’ untuk memotong rambut.

Bagaimanapun, pihak sekolah mengabaikan nasihat doktor dan menguatkuasakan peraturannya.

“Saya mempunyai ‘tonsurephobia’ dan juga narkolepsi yang bermakna saya mudah tidur nyenyak. Saya boleh bermimpi ngeri rambut saya dipotong,” kata Farouk kepada laman berita kanak-kanak, FYI.

Ibu Farouk, Bonnie Miller, berkata, anaknya  cuba pergi ke sekolah dengan mendandan rambut sehingga bertocang.

Namun, cara itu turut melanggar disiplin sekolah-sekolah di London. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI