fbpx
Reka corak polka dot membawakan elemen retro yang tinggi.

Memori retro polka dot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAMAI pereka fesyen antarabangsa dan tempatan gemar sekali bermain dengan reka corak polka dot.

Mereka memperbaharuinya dalam kombinasi warna indah di atas rekaan pakaian (sama ada dalam bentuk gaun, skirt, kemeja, bikini dan juga tali leher) dan aksesori (tali pinggang, skaf, rantai dan lain-lain) yang cukup dramatik dan menggoda.

Reka corak klasik ini kelihatan cukup segar serta ceria apabila dipadankan dengan gaya, siluet dan fabrik yang lebih sofistikated.

Dari era Minnie Mouse yang menggayakan ruffled skirt yang menjadi rupa signaturnya hingga kepada Betty Page yang memakai bikini yang menjadi ‘pinup’ paling popular pada zamannya, reka corak polka dot telah lama dipakai dan diterima oleh semua, khususnya penggemar fesyen dengan hati terbuka.

Ia adalah definisi kepada gaya flirty & innocent serta trend kewanitaan (femininity) dalam fesyen.

Ia juga bukan hanya untuk pakaian, tetapi termasuk juga aksesori dan hiasan rumah.

Sememangnya rekaan polka dot adalah sebahagian daripada kegilaan memori retro (retro craze) dan sama ada kita percaya atau tidak dapat membuatkan kita rasa ceria gembira apabila memakainya.

Paling penting, kita perlu bijak bereksperimentasi serta berani mencuba. Berikut ialah tip penggayaan reka corak polka dot.

 

Hitam, putih

Warna hitam dan putih adalah merupakan kombinasi klasik reka corak ini, yang selalunya muncul dalam pakaian untuk acara-acara formal, manakala padanan
warna coklat dan putih pula dapat memberikan nafas kontemporari kepada reka corak klasik ini.

 

Saiz

Reka corak ini terdapat dalam pelbagai saiz (kecil hingga ke besar serta yang lebih abstrak) dalam warna penuh variasi, pilihannya juga tidak terbatas serta menarik digayakan untuk aktiviti kasual ataupun formal. Secara amnya, polka dot bersaiz suku inci (quarter-size) memberi gambaran lebih santai, manakala yang bersaiz liang jarum (pin size) kelihatan lebih formal.

Aksesori

Untuk anda yang mahu menggayakan trend ini, tetapi mahukan alternatif selain pakaian, anda boleh mendapatkan aksesori kecil ataupun kasut (footwear) dalam reka corak polka dot ini. Untuk kaum lelaki pula, anda boleh dapatkan tali leher ataupun stoking dengan polka dot kecil putih berlatarkan
rona biru kelasi (navy). Apapun terpulang kepada cita rasa anda sendiri, yang penting andaberani mencuba.

Berani

Berbanding dengan reka corak yang kecil, polka dot bersaiz besar cukup segar dan memikat golongan muda mudi.

Rona yang menjadi pilihan mereka pula adalah yang lebih terang dan berani. Pemakaian skaf, baju (top) dan rantai dalam reka corak ini juga membangkitkan gaya trendy, hip & cool sealiran trend masa kini.

Reka corak

Antara gaya dalam reka corak polka dot yang menjadi ikutan adalah gaun yang dipakai dengan leggings, wrap dress, gaun potongan baby doll dan gaun dengan pemakaian tali pinggang bersaiz lebar (wide belt), gaun tanpa lengan, baju halter, skirt kembang dan pelbagai variasi gaya yang lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN